APLIKASI DIGITAL TINGKAT PRODUKTIVITI SEKTOR PEMBINAAN PAHANG



Table

YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin, Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang mendengar taklimat berkaitan penggunaan dron dari peserta.


KUANTAN, 7 Julai (Bernama) -- Seramai 25 peserta telah menyertai program Bengkel Productivity Step Up Sektor Pembinaan siri ke 5 yang bertujuan untuk mengadaptasi teknologi digital di syarikat melalui penggunaan dron.
 
Program yang dijalankan ini merupakan inisiatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam menggalakkan adaptasi teknologi dan mendedahkan syarikat dalam Industri 4.0. yang mana dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan melonjakkan prestasi syarikat.
 
Program yang dijayakan oleh Pahang Skills Development Centre (PSDC) selaku pusat teknologi yang dilantik telah mula dijalankan pada Mei 2023 ini telah melibatkan seramai 110 penyertaan syarikat dari sektor pembinaan di Pahang. Menurut YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin, Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, dalam majlis penutup program berkenaan, “Program ini memberikan platform kepada peserta untuk mempelajari, menguasai, dan mengintegrasikan teknologi ke dalam operasi harian mereka, meningkatkan kecekapan dan daya saing mereka dalam pasaran semasa”.
 
Turut hadir adalah Ts Tuan Hj A Rahim Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif Pahang Skills, YBrs Dr. Mohamad Norjayadi Bin Tamam, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan YBrs. Dr. Noor Aishah Hassan, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur. Pada sesi ini juga penerangan dan demo penerbangan bagi mengenalpasti kebocoran bumbung bangunan 15 tingkat oleh peserta program turut ditunjukkan.


Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 
 

SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Comments

Popular Posts